WEBINAR CYBERSECURITY: Cara Gunakan WiFi Awam dengan Selamat
12 Mac 2026 | Aktiviti Terkini12.00 – 3.30 petang
WiFi awam sering digunakan kerana mudah diakses, namun ia juga boleh menjadi pintu masuk kepada
ancaman siber. Webinar ini akan membincangkan risiko keselamatan apabila menggunakan rangkaian terbuka,
termasuk serangan man-in-the-middle, pencurian data, dan malware. Peserta akan didedahkan kepada langkah
praktikal untuk melindungi maklumat peribadi, seperti penggunaan VPN, tetapan keselamatan peranti,
serta amalan cyber hygiene yang berkesan. Program ini sesuai untuk semua pengguna internet yang ingin
memastikan keselamatan digital mereka terjamin ketika berada di ruang awam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: